Antara Pertemuan, Penulisan dan Perpisahan yang Tak Pernah Diduga

“𝘚𝘰𝘮𝘦𝘵𝘪𝘮𝘦𝘴 𝘺𝘰𝘶 𝘥𝘰𝘯’𝘵 𝘬𝘯𝘰𝘸 𝘵𝘩𝘦 𝘷𝘢𝘭𝘶𝘦 𝘰𝘧 𝘢 𝘮𝘰𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘪𝘭 𝘪𝘵 𝘣𝘦𝘤𝘰𝘮𝘦𝘴 𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘰𝘳𝘺.” 𝘋𝘳. 𝘚𝘦𝘶𝘴𝘴

Apabila saya scroll semula kepingan gambar ini, saya tersenyum. Namun kali ini ada rasa sebak yang menyelinap sesuatu yang sukar untuk disembunyikan.

Segalanya bermula di Melaka. Masih segar dalam ingatan, pertemuan pertama kami hanyalah sekilas di celah kesibukan aktiviti di Dataran Pahlawan untuk Edufluencer KPM 2024. Waktu itu perasaan saya syukur dapat berkenalan dan belajar.

Siapa sangka detik-detik ringkas itu bakal menjadi memori yang terpahat lama dalam didalam setiap hati edufluencer KPM seperti saya.

Rezeki membawa kami bertemu lagi di Kota Kinabalu. Sabah. Turut bersama Encik Faizal PIC Edufluencer Sabah di Hotel Hyatt, Kota Kinabalu ketika Tour Kurikulum Persekolahan 2027, barulah saya berpeluang bertanya bagaimana dia menulis dan apa tips yang boleh dia berikan untuk saya. Dia jawap soalan saya dengan bersahaja bersama point. Sempat saya lontarkan pada dia 2026 ini, “jom Edufluencer KPM kumpul di Sabah”. Semakin mengenalinya, semakin saya faham mengapa beliau begitu mudah disenangi oleh Edufluencer KPM. Ada kelembutan dalam bicaranya, ada tegas dalam melontarkan ideanya. Berbual dengan beliau terasa sangat selesa seolah-olah kami sudah lama bersahabat.

Namun, jika ditanya apa yang paling mengagumkan saya tentang puan Haslinda?

Jawapannya satu: Cara beliau menulis.

“𝘎𝘳𝘦𝘢𝘵 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨𝘴 𝘪𝘯 𝘣𝘶𝘴𝘪𝘯𝘦𝘴𝘴 𝘢𝘳𝘦 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘥𝘰𝘯𝘦 𝘣𝘺 𝘰𝘯𝘦 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘰𝘯. 𝘛𝘩𝘦𝘺’𝘳𝘦 𝘥𝘰𝘯𝘦 𝘣𝘺 𝘢 𝘵𝘦𝘢𝘮 𝘰𝘧 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦.” 𝘚𝘵𝘦𝘷𝘦 𝘑𝘰𝘣𝘴

Dalam konteks penulisan juga sama. Bukan semua orang yang pandai menyusun kata mampu membuatkan kita “merasa”. Ramai boleh menulis dengan kemas dan indah, tetapi menulis dengan jiwa adalah bakat yang berbeza.

Tulisan puan Haslinda tidak nampak dipaksa. Ia tidak terlalu berat untuk dihadam, namun penuh dengan isi. Tidak berlebihan tetapi tetap nampak indah. Beliau mampu menulis secara ringkas namun impaknya kekal lama dalam fikiran. Setiap baris katanya terasa seperti sebuah penceritaan terus dari hati bukan sekadar susunan perkataan kosong.

Beliau bukan sekadar mempunyai idea, beliau menghidupkan idea tersebut melalui tulisan. Itulah yang membezakan beliau daripada yang lain.

“𝘋𝘰𝘯’𝘵 𝘤𝘳𝘺 𝘣𝘦𝘤𝘢𝘶𝘴𝘦 𝘪𝘵’𝘴 𝘰𝘷𝘦𝘳, 𝘴𝘮𝘪𝘭𝘦 𝘣𝘦𝘤𝘢𝘶𝘴𝘦 𝘪𝘵 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘦𝘯𝘦𝘥.” 𝘋𝘳. 𝘚𝘦𝘶𝘴𝘴

Khabar tentang perubahan tempat bertugas puan Haslinda meninggalkan satu ruang kosong yang tiba-tiba. Apabila kita sudah terbiasa dengan kehadiran, semangat dan aura positif seseorang, kehilangan itu pasti akan dirasai. Bagai boleh dirasai perkampungan Edufluencer KPM kali ini di Genting Highland, Pahang saya terlupa untuk mendapatkan foto bersama beliau.

Ada kebiasaan yang akan hilang. Ada suasana yang mula merubah. Orang seperti puan Haslinda sukar diganti bukan kerana tiada orang lain yang baik tetapi kerana kebaikan setiap insan itu unik dan keunikan beliau sudah pun mendiami ruang ingatan kami warga Edufluncer KPM.

Walaupun berat, saya memegang kata-kata ini:

“𝘌𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘯𝘦𝘸 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘰𝘮𝘦𝘴 𝘧𝘳𝘰𝘮 𝘴𝘰𝘮𝘦 𝘰𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨’𝘴 𝘦𝘯𝘥.” 𝘚𝘦𝘯𝘦𝘤𝘢

Saya percaya, di mana pun puan Haslinda berada beliau akan terus mencipta makna kerana orang yang melakukan kerja dengan hati, akan membawa “hati” itu ke mana sahaja mereka pergi. Mungkin perpisahan ini bukan sebuah pengakhiran tetapi pembukaan babak baru untuk orang lain pula merasai betapa bertuahnya mereka memiliki insan sehebat puan Haslinda.

Terima kasih, puan Haslinda.

Terima kasih untuk setiap pertemuan yang sederhana namun bermakna.
Terima kasih kerana pernah hadir memberi semangat dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Semoga tempat baharu menyambut puan dengan tangan terbuka. Semoga amanah baharu itu menjadi jambatan untuk puan terus memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Dan yang paling penting, teruskanlah menulis. Kerana tulisan yang lahir dari hati akan sentiasa menemui jalannya ke hati pembaca tidak kira di mana pun puan berada.

Ada orang kita kenal melalui pertemuan.
Ada orang kita kagumi melalui penulisan.
Ada orang dapat kita rasai auranya yang tersendiri
Pada diri puan Haslinda, saya temui ketiga-tiganya.

Selamat melangkah, puan Haslinda. Doa kami di Edufluncer sentiasa mengiringi setiap tapak perjuanganmu. Disebabkan penulisan puan, saya belajar menulis.

Ts.Jebat
Edufluncer KPM 3.0 Sabah

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Comments

No comments to show.